Wednesday 18 June 2014

Bab: Pemimpin yang Korupsi

( 1213 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Pada suatu hari, Rasulullah SAW. pernah berpidato, antara lain, menyebut-nyebut masalah korupsi. Lalu beliau memberitahukan bahawa korupsi itu urusan yang sangat berat. Kemudian beliau bersabda, "Janganlah seseorang di antara kamu yang aku temui pada hari kiamat nanti datang sambil memikul unta yang sedang melenguh, lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, tolonglah aku!' Aku akan menjawab, 'Aku tidak punya kuasa sedikit pun kepadamu, bukankah dahulu hal itu telah ku sampaikan kepadamu?" Janganlah seseorang di antara kamu yang aku temui pada hari kiamat nanti datang sambil memikul kuda yang sedang meringkik-ringkik, lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, tolonglah aku!' Aku akan menjawab, 'Aku tidak punya kuasa sedikit pun untuk menolong mu, bukankah dahulu hal itu telah ku sampaikan kepada mu?' Janganlah seseorang di antara kamu yang aku temui pada hari kiamat nanti datang sambil memikul kambing yang sedang mengembik di pundaknya, lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, tolonglah aku!' Aku akan menjawab, 'Aku tidak punya kuasa sedikit pun untuk menolong mu, bukankah dahulu hal itu telah aku sampaikan kepada mu?' Janganlah seseorang di antara kamu yang aku temui pada hari kiamat nanti datang sambil memikul orang yang berteriak-teriak di pundaknya, lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, tolonglah aku!' Aku akan menjawab, 'Aku tidak punya kuasa sedikit pun untuk menolongmu, bukankah dahulu hal itu telah aku sampaikan kepada mu?' Janganlah seseroang di antara kamu yang aku temui pada hari kiamat nanti datang sambil membawa lembaran kain berkibar di atas pundaknya, lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, tolonglah aku!' Aku akan menjawab, 'Aku tidak punya kuasa sedikit pun untuk menolongmu, bukankah dahulu hal itu telah aku sampaikan kepadamu?' Janganlah seseorang di antara kamu yang aku temui pada hari kiamat nanti datang membawa emas dan perak di atas pundaknya, lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, tolonglah aku!' Aku akan menjawab, 'Aku tidak punya kuasa sedikit pun untuk menolongmu, bukankah dahulu hal itu telah aku sampaikan kepadamu?"' (6: 10 - S.M.)