Saturday 27 December 2014

Bab: 2 - Rajinlah Membaca Al-Quran

( 2110 ) Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Seburuk-buruk perkara ialah jika seseorang berkata, 'Aku lupa ayat anu dan anu.' Akan tetapi, hendaklah dia mengatakan. 'Telah dilupakan dariku (kerana Allahlah yang telah melupakannya).' Oleh kerana itu, ingat-ingatlah Al-Quran kerana Al-Quran lebih gesit menghilang dari dada orang-orang daripada ternak yang diikat."' (2: 191 - S.M.)