Sunday 28 December 2014

Bab: Menshalatkan Jenazah di Masjid

( 478 ) Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Sewaktu Sa'ad bin Abi Waqqash r.a. wafat, isteri-isteri Nabi SAW. mengutus agar jenazah Sa'ad bin Abi Waqqash ini dibawa ke masjid (Nabawi) agar mereka dapat menshalatkannya juga, lalu sahabat-sahabat melaksanakannya. Jenazah Saad lalu diletakkan di dekat kamar mereka, lalu dishalatkannya. Jenazah itu dibawa keluar melalui pintu jenazah menuju tempat-tempat duduk. Kemudian sampailah berita kepada mereka bahawa orang-orang mencela perbuatan yang demikin ini. Mereka berkata bahawa tidak sepantasnya jenazah dimasukkan ke dalam masjid. Hal ini didengar oleh Aisyah, maka dia berkata, "Cepat sekali orang-orang ini mencela hal yang tidak mereka ketahui? Mreka mencela kami kerana memasukkan jenazah ke dalam masjid, padahal Rasulullah SAW. menshalatkan Suhail bin Baidha di dalam masjid." (3: 63 - S.M.)