Sunday 28 December 2014

Bab: Shalat di Atas Kubur

( 479 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Ada seorang perempuan hitam atau seorang pemuda, yang biasa menyapu masjid. Pada suatu hari Rasulullah SAW. meresa kehilangan dia, lalu beliau bertanya kepada para sahabat tentang orang itu. Sahabat menjawab bahawa dia telah meninggal dunia. Beliau bersabda, "Mengapa kalian tidak memberitahu aku?" Mereka menganggap remeh perkara perempuan hitam itu. Lalu beliau bersabda, "Tunjukkanlah kepadaku kuburnya!" Kemudian mereka menunjukkannya kepada beliau, lalu beliau mengerjakan shalat di atasnya. Setelah itu, beliau bersabda, "Sesungguhnya, para penghuni kuburan ini diselubungi oleh kegelapan, dan Allah meneranginya untuk mereka sebab shalatku ini." (3: 56 - S.M.)