Saturday 3 January 2015

Bab: 1 - Minuman Perahan Anggur Sebelum Menjadi Khamar

( 1276 ) Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.: Rasulullah SAW. pernah dibuatkan minuman perahan anggur pada waktu senja, lalu diminumnya pada pagi hari itu dan pada malam berikutnya. Lalu beliau juga meminumnya pada keesokan harinya dan malam harinya lagi, kemudian keesokan harinya lagi sampai waktu asar. Sekiranya masih ada sisa, beliau memberikannya kepada pesuruh beliau (sekiranya belum menjadi khamar) untuk diminum, atau beliau memerintahkannya untuk dituangkan (sekiranya sudah menjadi khamar). (6: 101 - S.M.)