Wednesday 19 February 2014

Bab: Larangan Penukaran Emas dengan Wang Perak secara Kredit

( 950 ) Diriwayatkan dari Abu Al-Minhal: Rakan saya pernah menjual wang peraknya secara kredit sampai musim haji (dengan penukaran emas), lalu dia datang memberi tahukan hal itu kepada saya. Kemudian saya mengatakan kepadanya, "Perkara ini tidak benar (haram)." Rakan saya itu berkata, "Sungguh, aku telah menjualnya di pasar, namun tidak ada seorang pun yang menyalahkan saya." Kemudian saya mendatangi Barra bin Azib, lalu saya menanyakan hal itu kepadanya. Barra menjawab, "Sewaktu Nabi SAW. baru tiba di Madinah, kami biasa berjual beli dengan cara ini, lalu baliau bersabda, 'Jual beli apa pun yang dilaksanakan secara tunai, hukumnya boleh. Adapun jual beli dengan cara tunai dengan kredit, itu riba namanya.' Pergilah anda menjumpai Zaid bin Arqam kerana sesungguhnya, dia seorang pedagang yang lebih besar daripada saya!"' Lalu saya pun mendatangi Zaid, ternyata dia berkata seperti itu juga (5: 45 - S.M.)