Showing posts with label Kitab Haid. Show all posts
Showing posts with label Kitab Haid. Show all posts

Thursday, 11 October 2012

Bab: Mencuci Darah Haid pada Pakaian

( 189 ) Diriwayatkan dari Asma' binti Abi Bakar r.a. Ada seorang perempuan pernah datang menemui Nabi SAW seraya bertanya, "Seseorang di antara kami pakaiannya terkena darah haidnya, apakah yang harus dia perbuat dengannya?" Beliau menjawab, "Mengoreknya, kemudian menggosoknya dengan air. Setelah itu, mencucinya, kemudian dia boleh mengerjakan shalat dengan pakaian itu." (1: 166 -S.M.) []

Bab: Mencuci Air Mani di Pakaian

( 188 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Syihab Al-Khaulani r.a.: Saya pernah bermalam di rumah 'A'isyah r.a., Saat itu saya bermimpi sehingga membasahi dua helai pakaian saya, lalu saya membenamkannya di dalam air. Hal yang demikian itu terlihat oleh budak perempuan 'A'isyah, lalu dia memberitahukannya kepada 'A'isyah, dan 'A'isyah menyuruhnya untuk memanggil saya. 'A'isyah berkata kepada saya, "Apakah yang membuat kamu harus mencuci kedua pakaianmu?" Saya menjawab, "Saya bermimpi." Dia bertanya, "Apakah kamu melihat sesuatu di pakaianmu itu?" Saya menjawab, "Tidak." Katanya lagi, "kalau kamu melihat sesuatu di pakaianmu, kamu harus mencucinya. Saya pernah melihat air mani yang sudah mengering pada pakaian Rasulullah SAW., lalu saya mengeriknya dari pakaian beliau dengan kuku saya." (1: 165 - S.M.)

Bab: Memercik Pakaian yang Terkena Air Kencing Anak Laki-Laki

( 187 ) Diriwayatkan dari Ummu Qais binti Mihshan r.a. bahawa dia pergi mendatangi Rasulullah SAW. dengan membawa anak laki-laki yang belum makan (makanan selain air susu ibu) 'Ubaidillah berkata, "Ummu Qais mengabarkan kepada saya bahawa anaknya kencing di pangkuan Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW. meminta air dan memercikkannya pada pakaian beliau, dan beliau tidak mencucinya." (1: 164 - S.M.)

Wednesday, 10 October 2012

Bab: Mencuci Air Kencing di Masjid

( 186 ) Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a.: Sewaktu kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW., tiba-tiba ada orang Arab dusun datang dan kencing sambil berdiri di dalam masjid. Oleh kerana itu, sahabat-sahabat mengherdiknya. Akan tetapi, Rasulullah SAW. bersabda, "Jangan kamu putuskan kencingnya, biarkanlah dia!" Mereka membiarkannya hingga selesai. Setelah itu, Nabi SAW. memanggilnya lalu bersabda, "Sungguhnya, masjid ini tidak boleh untuk kencing dan buang kotoran sedikit pun, tetapi hanya untuk berzikir (mengingat) Allah 'Azza wa Jalla, shalat, dan membaca Al-Quran." Lalu beliau menyuruh salah seorang dari mereka untuk mengambil satu timba air, kemudian disiramlah kencing itu dengannya. (1: 163 - S.M.)

Bab: 2 - Menggunting Kumis dan Memelihara Janggut

( 185 ) Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a.: Kita diberi waktu untuk menggunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, tidak lebih dari empat puluh malam." (1: 153 - S.M.)

Bab: 1 - Menggunting Kumis dan Memelihara Janggut

( 184 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Umar r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang musyrik, yaitu guntinglah kumis dan peliharalah janggut." (1: 153 - S.M.)

Tuesday, 9 October 2012

Bab: Memberikan Siwak kepada yang lebih Tua

( 183 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, "Aku bermimpi menggosok gigi, lalu ada dua orang laki-laki menarikku dan salah seorang dari keduanya ada yang lebih tua. Siwak  itu aku ulurkan kepada yang lebih muda. Lalu dia mengatakan kepadaku, "Berikanlah kepada yang lebih tua lebih dahulu!" Aku pun menyerahkan siwak itu kepada yang lebih tua. (7: 57 - S.M.)

Monday, 8 October 2012

Bab: Sepuluh Macam Kesucian

( 182 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Ada sepuluh perkara yang termasuk kesucian, yaitu: menggunting kumis, memelihara janggut, ber-siwak (menggosok gigi), membersihkan lubang hidung dengan air, memotong kuku, mencuci peruasan jemari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan beristinja." Zakariyya berkata, "Mush'ab berkata, 'Dan saya  lupa yang kesepuluh, barangkali ia adalah berkumur."' Qutaibah menambahkan, "Waki' berkata, 'Intiqash al-ma', yakni beristinja."' (1: 153 - S.M.)

Bab: Lima Kesucian

( 181 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW.: Beliau bersabda, "Kesucian (al-fathrah) itu ada lima: berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan menggunting kumis." (1: 153 - S.M.)

Sunday, 7 October 2012

Bab: Orang Haid Tidak Mengganti Shalat, tetapi Mengganti Puasa

( 180 ) Diriwayatkan dari Mu'adzah: Saya bertanya kepada 'A'isyah, "Mengapa orang haid hanya meng-qadha' (mengganti) puasa dan tidak meng-qadha' shalat?" 'A'isyah menjawab, "Apakah anda seorang wanita Haruriyah 2?" Saya menjawab, "Tidak, saya bukan orang Haruriyah, saya hanya bertanya." 'A'isyah berkata, "Hal itu sudah biasa terjadi pada kami, kami hanya diperintahkan meng-qadha' puasa, tidak diperintahkan untuk meng-qadha' shalat." (1: 182 - S.M.)
________
(2) Kaum Haruriyah ialah suatu sekte dari Khawarij. Mereka mewajibkan wanita haid untuk meng-'qadha' shalat yang ditinggalkan selama haid. Syarh Shahih Muslim, Al-Nawawi IV, 27.

Bab: Darah Penyakit dan Shalat

( 179 ) Diriwayatkan dari 'A;isyah r.a.: Ummu Habibah binti Jahsy r.a. pernah meminta petunjuk kepada Rasulullah SAW., dia berkata, "Sesungguhnya, saya terkena darah penyakit." Beliau bersabda, "Itu hanya darah penyakit maka mandilah, lalu shalatlah!" Kemudian dia membiasakan diri mandi untuk setiap shalat. Laits bian Sa'ad berkata bahawa Ibn Syihab (perawi hadis ini dari 'Urwah) tidak menyebutkan bahawa Rasulullah SAW. memrintahkan Ummu Habibah binti Jahsy r.a. agar mandi untuk setiap shalat, tetapi hal itu hanya perbuatan dia yang dilakukan atas kemauannya sendiri. (1: 181 - S.M.)

Bab: Minum Bersama Isteri yang Sedang Haid dalam Satu Bejana

( 178 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a.: Saya pernah minum ketika sedang haid, kemudian saya memberikannya kepada Nabi SAW., beliau menempatkan mulutnya pada bekas mulut saya, lalu beliau meminumnya. Selain itu, saya pernah menggigit daging dengan gigi saya sewaktu saya haid, kemudian saya memberikan sisa daging itu kepada Nabi SAW., lalu beliau menempatkan mulut beliau pada bekas gigitan mulut saya. (1: 168 - S.M.)

Saturday, 6 October 2012

Bab: Bercumbu dengan Isteri yang Sedang Haid

( 177 ) Diriwayatkan dari 'A;isyah r.a." Apabila salah seorang di antara kami (isteri-isteri Nabi SAW.) sedang haid, Rasulullah SAW. memerintahkannya supaya memakai kain pada masa subur darah haidnya, kemudian beliau bercumbu dengannya (tanpa bersetubuh). Akan tetapi, siapa di antara kamu yang kuat menahan syahwatnya sebagaimana Rasulullah SAW. menahan syahwatnya? (1: 167 - S.M)

Bab: Tidur Bersama Isteri yang Sedang Haid dalam Satu Selimut

( 176 ) Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.: Sewaktu saya tidur dalam satu selimut bersama Rasulullah SAW., tiba-tiba saya datang haid, saya pun pergi perlahan-lahan mencari kain yang biasa dipakai sewaktu haid. Kemudian Rasulullah SAW. bertanya kepada saya, "Apakah kamu datang haid?" Saya menjawab, "Ya." Lalu beliau memanggil saya untuk tidur bersama dalam satu selimut." Ummu Salamah berkata bahawa dia bersama Rasulullah SAW. sering sekali mandi bersama kerana junub dalam satu bejana.(1: 167 - S.M.)

Bab: Bersandar pada Pangkuan Orang Haid sambil Membaca Al-Quran

( 175 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a." Rasulullah SAW. sering sekali bersandar ke pangkuan saya sambil membaca Al-Quran, padahal saya sedang haid.(1: 169 - S.M.)

Bab: Orang Haid Mencuci dan Menyisir Rambut Suami

( 174 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a.: Kalau saya harus memasuki rumah (waktu iktikaf) kerana ada sesuatu keperluan atau ada orang sakit di dalamnya, saya menyampaikannya sambil berjalan. Sungguh, Rasulullah SAW. pernah mengulurkan kepada beliau kepada saya sewaktu beliau di dalam masjid (iktikaf), lalu saya menyisirnya. Apabila sedang beriktikaf, beliau tidak memasuki rumah, kecuali ada suatu keperluan." (1: 167 - S.M.)

Friday, 5 October 2012

Bab: Orang Haid Mengambilkan Kain

( 173 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. berada di masjid, lalu beliau bersabda, "Wahai 'A'isyah, ambilkanlah kain itu!" 'A'isyah menjawab, "Saya sedang haid." Beliau bersabda, "Sesungguhnya, haidmu bukan di tanganmu." Akhirnya. 'A'isyah mengambilkan kain itu. (1: 168 - S.M.)

Thursday, 4 October 2012

Bab: Cara Mandi Bersuci Perempuan dari Haid dan Junub

( 172 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah: Asma' r.a. pernah bertanya kepada Nabi SAW. tentang cara mandi bersuci perempuan dari haid. Kemudian beliau bersabda, "Ambillah air dan daun bidara, lalu cucilah bekas darah sehingga benar-benar bersih. Setelah itu, tuangkanlah air di atas kepala sambil digosok-gosk dengan kuat sehingga dapat membasahi akar-akar rambutnya, lalu tuangkanlah air di atas kepala lagi. Setelah itu, ambillah kain atau kapas yang telah diberi kesturi, lalu bersihkanlah lagi dengannya!" Asma' bertanya lagi, "Bagaimanakah cara saya bersuci dengan kapas atau kain itu?" Beliau menjawab, "Subhanallah, bersihkan saja dengannya!" Lalu 'A;isyah berbisik kepada Asma', "Susulkan gosokan-gosokan kasturi itu di tempat bekas-bekas darah (kemaluan)." Lalu Asma' bertanya juga tentang cara mandi kerana junub. Kemudian beliau bersabda, "Ambillah air, lalu bersucilah dengan sebaik-baiknya. Setelah itu tuangkanlah air di atas kepala sambil digosok-gosok sampai membasahi akar-akar rambutnya. Lalu tuangkanlah air di atas kepala lagi." Kemudian 'A'isyah berkata, "Sebaik-baik perempuan adalah perempuan Anshar, rasa malu tidak menghalangi mereka untuk memperdalam agamanya." (1: 179 - 180 - S.M.)

Wednesday, 3 October 2012

Bab: Firman Allah, Mereka Bertanya kepadamu tentang Haid

( 171 ) Diriwayatkan dari Anas r.a. bahwasanya kebiasaaan orang-orang Yahudi, apabila isteri mereka sedang haid, mereka tidak makan bersamanya dan tidak menempatkan isteri mereka di rumah. Lalu sahabat bertanya kepada Nabi SAW. tentang itu. Kemudian Allah 'Azza wa Jalla  menurunkan ayat, Dan mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, "Haid itu adalah kotoran." Oleh karana itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita pada waktu haid....1 Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Lakukanlah segala sesuatu dengan isterimu pada waktu haid, kecuali bersetubuh." Hal ini sampai kepada orang-orang Yahudi, lalu mereka berkata, "Orang ini (Muhammad) tidak suka meninggalkan perbuatan yang biasa kita kerjakan, kecuali hendak menyalahi kita." Kemudian Usaid bin Hudhair dan 'Abad bin Bisyr menemui Rasulullah SAW. dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya, orang-orang Yahudi berkata begini dan begini, tidakkah kita menyetubuhi saja isteri-isteri kita?" Mendengar itu, wajah Rasulullah SAW. berubah sehingga kami mengira bahawa beliau marah terhadap kedua orang itu, lalu kedua orang itu keluar. Bertepatan dengan keluarnya kedua orang itu, ada orang yang membawa hadiah susu untuk Rasulullah SAW., lalu beliau memanggil kedua orang itu dan memberinya minum (dari air susu itu). Akhirnya, mereka mengerti bahawa beliau tidak marah terhadap mereka berdua. (1: 169 - S.M.)
_________________
(1) QS Al-Baqarah (2): 222