Showing posts with label Kitab Mentera. Show all posts
Showing posts with label Kitab Mentera. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

Bab: Mantra untuk Mengobati Sengatan Haiwan Berbisa

( 1450 ) Diriwayatkan dari Aswad: Aku pernah bertanya kepada 'A'isyah r.a. tentang mantra. Lalu dia menjawab, "Rasulullah SAW. membolehkan kepada keluarga Anshar membacakan mantra untuk orang yang terkena sengatan haiwan berbisa." (7: 17 - S.M.)

Bab: Surah Al-Fatihah Mantra Haiwan Berbisa

( 1449 ) Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a.: Beberapa orang sahabat Rasulullah SAW. berada dalam suatu perjalanan. Tatkala sampai di suatu perkampungan Arab, mereka meminta untuk dijamu, tetapi penduduk kampung itu tidak suka menjamu mereka. Penduduk itu bertanya, "Adakah di antara kalian yang ahli mantra? Sebab, kepala kampung ini sakit kerana digigit binatang berbisa!" Jawab seseorang dari rombongan itu, "Ya, ada." Kemudian didatangilah kepala kampung itu, dan dibacakan kepadanya mantra dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata, sembuhlah kepala kampung itu. Lalu sahabat itu diberi upah dengan sejumlah kambing, tetapi dia tidak mahu menerimanya. Dia berkata, "Saya tidak akan menerimanya sebelum saya memberitahukan lebih dahulu kepada Rasulullah SAW., boleh atau tidakkah upah itu diterima. Kemudian sahabat itu pergi menghadap Nabi SAW., lalu dia memberitahukan hal tersebut. Dia berkata, "Wahai Rasulullah, demi Allah, saya hanya membacakan Surah Al-Fatihah kepadanya." Beliau tersenyum seraya bersabda, "Dari mana kamu tahu bahawa Surah Al-Fatihah itu mantra?" Kemudian beliau bersabda, "Ambil upahnya itu, dan berilah aku bagian bersama kalian." (7: 20 - S.M.)

Friday, 19 July 2013

Bab: Setan Khinzab Menggoda dalam Shalat

( 1448 ) Diriwayatkan dari Abu Al-Ala: 'Utsman bin Abi Al-Ash pernah datang menghadap Nabi SAW., lalu dia berkata, "Wahai Rasulullah, setan selalu mengganggu saya dalam shalat hingga bacaan saya menjadi kacau." Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Itulah setan yang bernama Khinzab. Apabila kamu merasa diganggu olehnya, berlindunglah kamu kepada Allah darinya, dan berludahlah tiga kali ke kiri." Kata 'Utsman, "Lalu aku melakukan petunjuk beliau, ternyata Allah melenyapkan gangguan setan itu dari ku." (7: 21 - S.M.)

Bab: Mentera dengan Nama Allah dan Doa Perlindungan

( 1447 ) Diriwayatkan dari 'Utsman bin Abi Al-'Ash Al-Tsaqafi r.a. bahawa dia pernah mengadu kepada Rasulullah SAW. tentang penyakit yang dideritanya sejak dia masuk Islam. Kemudian Rasulullah SAW. bersabda kepadanya, "Letakkanlah tanganmu ke anggota badanmu yang terasa sakit, dan ucapkanlah, 'Bismillah (dengan nama Allah),' sebanyak tiga kali. Lalu ucapkanlah tujuh kali. 'A'udzu billahi wa qudratihi min syarri ma ajidu wa whadzir (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan penyakit yang sedang aku derita dan aku takuti)."' (7: 20 - S.M.)

Thursday, 18 July 2013

Bab: Doa untuk Orang Sakit

( 1446 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a.: Apabila ada seseorang di antara keluarga Rasulullah SAW. sakit, beliau meniupkan kepadanya dengan pembacaan surah-surah Mu'awwidzat (Surah Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan Al-Nas). Maka, ketika beliau sakit yang membawa pada kewafatannya, aku meniupkan kepada beliau dengan surah-surah tersebut, lalu aku usapkan dengan tangan beliau sendiri kerana tangan beliau lebih besar berkahnya darpada tanganku. (7: 16 - S.M.)

Bab : Tentang Orang Yahudi yang Menyihir Nabi SAW.

( 1445 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a.: Seorang yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin A'sham pernah menyihir Rasulullah SAW. sehingga dikhayalkan kepada beliau bahawa beliau melakukan sesuatu, pada hal tidak melakukan sehingga pada suatu hari atau suatu malam, Rasulullah SAW. berdoa kemudian berdoa dan berdoa lagi. Setelah itu beliau bersabda, "Wahai 'A'isyah, tahukah kamu bahawa Allah telah memberiku petunjuk tentang ubatku? Yaitu, dua orang laki-laki mendatangiku. Seorang duduk di dekat kepalaku (Jibril a.s.), dan yang satu lagi duduk di dekat kakiku (Mikail a.s.). Kemudian yang duduk di dekat kepalaku berkata kepada yang duduk di dekat kakiku, atau yang duduk di dekat kakiku berkata kepada yang duduk di dekat kepalaku, 'Sakit apakah orang ini (maksudnya Rasulullah SAW.)?' Kata (kawannya), 'Dia disihir orang!' Katanya, Siapa yang menyikirnya?' Jawabnya, 'Labid bin A'sham!' Katanya, 'Dengan apa dia menyihirnya?'Jawabnya, 'Dengan rontokan rambut dan mayang kurma jantan kering.' Katanya, 'Di manakah itu?' Jawabnya, 'Di sumur Dzi Arwan."' Kemudian Rasulullah SAW. pergi ke sumur itu mencari barang-barang tersebut bersama sahabat-sahabat beliau. Kemudian beliau bersabda, "Wahai 'A'isyah, demi Allah, aku melihat airnya seperti larutan inai (kemerah-merahan), pohon kurma seperti kepala syaitan." Lalu aku bertanya kepada beliau, "Wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak membakarnya saja?" Jawab beliau, "Tidak, kerana Allah telah menyembuhkan aku, dan aku tidak suka membalas kejahatan (membalas dendam) kepada orang. Oleh kerana itu, aku memerintahkannya agar dikubur saja sumur itu." (7: 14 - S.M.)

Bab: 2 - Jibril a.s. Mementerai Nabi SAW.

( 1444 ) Diriwayatkan dari 'Abdul 'Aziz bin Shuhaib, dari 'Abdi Nadhrah, dari Abu Sa'id: Jibril a.s. mendatangi Nabi SAW. seraya berkata, "Wahai Muhammad, apakah engkau sedang sakit?" Jawab beliau, "Ya." Kata Jibril, "Dengan nama Allah, aku mementerai engkau dari segala yang mengganggu engkau, dari semua orang atau pandangan mata yang dengki. Semoga Allah menyembuhkan engkau, dengan nama Allah, aku mementerai engkau." (7: 13 - S.M.)

Tuesday, 16 July 2013

Bab: 1 - Jibril a.s. Mementerai Nabi SAW.

( 1443 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a., isteri Nabi SAW.: Apabila Rasulullah SAW. sakit, Jibril a.s. mementerainya, yaitu Jibril mengucapkan, "Dengan nama Allah, semoga Dia menghilangkan sakitmu, menyembuhkanmu dari segala penyakit, (melindungimu) dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki, dan dari kejahatan semua yang bermata jahat." (7: 13 - S.M.)