Showing posts with label Kitab Zakat. Show all posts
Showing posts with label Kitab Zakat. Show all posts
Sunday, 9 February 2014
Bab: Orang yang Tidak Mengeluarkan Zakat
( 506 ) Diriwayatkan dari Abu Dzarr r.a.: Saya pernah mendatangi Rasulullah SAW. sewaktu beliau sedang duduk di naungan Kaabah. Ketika beliau melihat saya, beliau bersabda, "Demi Tuhan Kaabah, mereka adalah orang-orang yang paling merugi." Lalu saya mendatangi beliau, dan saya duduk di dekat beliau, namun hati saya tetap gelisah sehingga saya berdiri lagi dan bertanaya, "Wahai Rasulullah, semoga ayah dan ibu saya menjadi tebusan engkau, siapakah mereka itu?" Beliau menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang paling banyak hartanya, kecuali orang yang mempergunakan hartanya begini, begini, dan begini di mukanya, belakangnya, kanannya dan kirinya dan mereka itu sedikit sekali yang demikian. Seseorang yang memiliki unta, lembu dan kambing, lalu tidak dizakatinya, maka semuanya itu pada hari kiamat nanti akan datang kepadanya dalam bentuk yang lebih besar dan lebih gemuk dari sebelumnya, lalu menandukinya dengan tanduk-tanduknya dan menginjaknya dengan kuku-kukunya. Begitulah seterusnya bergantian tidak habis-habisnya sampai dia mendapat pengadilan di tengah-tengah orang banyak." (3: 74 - 75 - S.M.)
Saturday, 8 February 2014
Bab: Memajukan dan Menahan Zakat
( 505 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. pernah mengutus 'Umar r.a. untuk mengumpulkan zakat. Kemudian ada orang (Umar sendiri) berkata bahawa Ibn Jamil, Khalid bin Walid, dan Abbas (paman Rasulullah SAW.) tidak mahu mengeluarkan zakat. Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Ibn Jamil tidak suka mengeluarkan zakatnya, padahal tadinya dia seorang yang fakir, lalu Allah menjadikannya seorang yang kaya. Adapun Khalid, sungguh kalian telah berbuat aniaya kepadanya kerana sesungguhnya dia telah menyimpan baju-baju perisainya dan semua peralatan perangnya di jalan Allah (semua hartanya telah diwakafkan untuk jalan Allah). Adapun Abbas (bin Abd Al-Muththalib), zakatnya untuk dua tahun ini sudah ada di tangan saya." Selanjutnya, beliau bersabda, "Wahai Umar, apakah kamu tidak mengetahui bahawa paman seseorang itu seperti ayahnya?" (3: 68 - S.M.)
Bab: Hamba Sahaya dan Kuda Tidak Wajib Dikeluarkan Zakatnya
( 504 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Hamba sahaya dan kuda seorang Muslim tidak wajib di zakati." (3: 67 - S.M.)
Friday, 7 February 2014
Bab: Zakat Sepersepuluh atau Seperdua Puluh
( 503 ) Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. bahawa dia mendengar Nabi SAW. bersabda, "Harta pertanian yang diairi dengan air sungai atau hujan, zakatnya sepersepuluh (sepuluh persen), dan yang diairi dengan angkutan binatang, zakatnya seperdua puluh (lima persen). (3: 67 - S.M.)
Bab: Zakat Harta, Tanaman dan Ternak
( 502 ) Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a.: Nabi SAW. bersabda, "Biji-biji dan kurma tidak wajib dizakati, kecuali sudah sampai lima wasak; unta tidak wajib dizakati, kecuali sudah sampai lima ekor; dan perak tidak wajib dizakati, kecuali sudah sampai lima uqiyah." (3: 66 - 67 - S.M.)
Bab: Hukum Wajib Zakat
( 501 ) Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.: Mu'adz berkata, "Rasulullah SAW. pernah mengutus saya. Beliau bersabda, 'Kamu akan mendatangi orang-orang ahli kitab, ajaklah mereka agar mengakui bahawa 'tiada tuhan kecuali Allah dan aku adalah utusan Allah', kalau mereka sudah mematuhinya, beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka mengerjakan shalat lima kali sehari semalam. Kalau mereka sudah mematuhinya, beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka mengeluarkan zakat, yang dipungut dari ornag-orang kaya di antara mereka, kemudian diberikan kepada orang-orang fakir di antara mereka. Kalau mereka sudah mematuhinya, tinggalkanlah harta-harta pilihan mereka, dan takutlah doa orang yang teraniaya kerana sesungguhnya tidak ada penghalang antara doanya dan Allah." (1: 37 - 38 - S.M.)
Subscribe to:
Posts (Atom)