Showing posts with label Kitab Iktikaf. Show all posts
Showing posts with label Kitab Iktikaf. Show all posts

Friday, 1 August 2014

Bab: Lailatul Qadar pada Malam Kedua Puluh Satu

Penjelasan bab ini, lihat Hadis Abu Said Al-Khudri yang telah dikemukakan pada nombor 632.

Bab: Lailatul Qadar dan Mencarinya pada Sepuluh Malam Terakhir

( 635 ) Diriwayatkan dari Ibn Umar r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Carilah malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam  terakhir. Kalau kamu tidak mempu, jangan tertinggal tujuh malam terakhirnya." (3: 170 - S.M.)

Sunday, 20 July 2014

Bab: Giat Beribadah pada Sepuluh Malam Terakhir

( 634 ) Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Apabila telah memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah SAW. bangun malam dan membangunkan isterinya untuk beribadah, serta giat beribadah dan menjauhi isteri-isteri beliau. (3: 176 - S.M.)

Bab: Beriktikaf pada Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan

( 633 ) Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Nabi SAW. biasa beriktikaf pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau wafat. Setelah itu, isteri-isteri beliau beriktikaf pula. (3: 175 - S.M.)

Bab: Beriktikaf pada Sepuluh Malam Pertama dan Sepuluh Malam Pertengahan

( 632 ) Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri r.a.: Rasulullah SAW. beriktikaf pada sepuluh malam yang pertama pada bulan Ramadhan, kemudian beliau beriktikaf pada sepuluh malam yang kedua dalam sebuah tenda yang di pintunya terdapat tikar. Beliau mengambil tikar itu, lalu ditaruhnya di sudut tenda. Setelah itu, beliau memandang ke muka dan memanggil orang-orang, lalu mereka datang mendekat. Beliau bersabda, "Sesungguhnya, aku beriktikaf pada sepuluh malam yang pertama mencari malam ini (malam Lailatul Qadar), kemudian aku beriktikaf pada sepuluh malam yang kedua, lalu aku diberitahu bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam yang terakhir. Oleh kerana itu, barang siapa di antara kalian suka beriktikaf, beriktikaflah." Lalu orang-orang beriktikaf bersama beliau. Beliau bersabda, "Aku diberitahu bahawa Lailatul Qadar itu pada malam hitungan ganjil, dan pada pagi harinya aku bersujud di lumpur berair (tanah becek)." Kemudian pada pagi hari tanggal dua puluh satu, sewaktu tengah mengerjakan shalat subuh, turunlah hujan sehingga masjid kebocoran dan becek. Setelah selesai mengerjakan shalat subuh, beliau keluar, sedangkan kening dan ujung hidung beliau dilekati lumpur dan air. Begitulah, ternyata malam itu adalah malam tanggal dua puluh satu. (3: 171 - 172 - S.M.)

Bab: Waktu Memulai Beriktikaf

( 631 ) Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Apabila hendak beriktikaf, Rasulullah SAW. mengerjakan shalat fajar, kemudian memasuki tempat beriktikafnya, dan menyuruh tendanya dipancangkan. Pernah beliau hendak beriktikaf pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan, lalu Zainab menyuruh pula memancangkan tendanya, kemudian isteri-isteri Nabi SAW. yang lain juga menyuruh memancangkan tenda-tendanya. Setelah mengerjakan shalat fajar, Rasulullah SAW. mengetahui banyak tenda. Lalu bersabdalah beliau, "Mau beramal baikkah perempuan-perempuan ini?" Setelah itu, beliau memerintahkan agar tendanya dibongkar, lalu beliau tidak beriktikaf dalam bulan Ramadhan ini hingga beriktikaf lagi pada sepuluh hari pertama Syawal." (3: 175 - S.M.)