( 1490 ) Diriwayatkan dari Syarid: Ada seorang di antara delegasi Tsaqif yang menderita penyakit kusta. Lalu Nabi SAW. menyuruh orang untuk menyampaikan pesan, "Kami telah membaiatmu, maka pulanglah!"2 (7: 37 - S.M.)
_________
2 - Aku (Al-Albani) mengatakan, "Ini merupakan dalil yang jelas bahawasanya Nabi SAW. berpendapat bahawa penyakit kusta itu menular. Oleh kerana itu, beliau mengambil sebab akibat untuk menghindari penyakit kusta tersebut kepada beliau. Hal ini sama sekali tidak bertentangan dengan bertawakal kepada Allah SAW., sebagaiman diisyaratkan oleh 'Umar dalam hadis nombor 1485 ketika memutuskan untuk tidak memasuki daerah yang sedang terjangkiti wabak kolera (desa Sargh di pinggiran Syam). 'Umar berkata, "Kami lari dari takdir Allah Ta'ala menuju takdir Allah (yang lain)." Sebagian orang memberikan penakwilan yang jauh (dari kebenaran) berkaitan dengan hadis ini, yang sama sekali tidak perlu diperhatikan. Mereka mengacu pada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bahawa Nabi SAW. pernah makan bersama orang yang terkena penyakit kusta seraya bersabda, "Makanlah dengan nama Allah, percaya kepada Allah, dan bertawakal kepada-Nya." Akan tetapi, hadis tersebut adalah hadis yang dha'if (lemah), sebagaimana telah aku jelaskan di dalam Al-Silsilah, 1144.