Sunday, 8 December 2013

Bab: Surah Al-Fatihah Mantra Haiwan Berbisa

( 1449 ) Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a.: Beberapa orang sahabat Rasulullah SAW. berada dalam suatu perjalanan. Tatkala sampai di suatu perkampungan Arab, mereka meminta untuk dijamu, tetapi penduduk kampung itu tidak suka menjamu mereka. Penduduk itu bertanya, "Adakah di antara kalian yang ahli mantra? Sebab, kepala kampung ini sakit kerana digigit binatang berbisa!" Jawab seseorang dari rombongan itu, "Ya, ada." Kemudian didatangilah kepala kampung itu, dan dibacakan kepadanya mantra dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata, sembuhlah kepala kampung itu. Lalu sahabat itu diberi upah dengan sejumlah kambing, tetapi dia tidak mahu menerimanya. Dia berkata, "Saya tidak akan menerimanya sebelum saya memberitahukan lebih dahulu kepada Rasulullah SAW., boleh atau tidakkah upah itu diterima. Kemudian sahabat itu pergi menghadap Nabi SAW., lalu dia memberitahukan hal tersebut. Dia berkata, "Wahai Rasulullah, demi Allah, saya hanya membacakan Surah Al-Fatihah kepadanya." Beliau tersenyum seraya bersabda, "Dari mana kamu tahu bahawa Surah Al-Fatihah itu mantra?" Kemudian beliau bersabda, "Ambil upahnya itu, dan berilah aku bagian bersama kalian." (7: 20 - S.M.)